Monday 15 October 2012

Rancangan Mengajar Bahasa Melayu Tahun 4


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran                        :           Bahasa Melayu
Tahun                                      :           4 Cempaka
Bil Murid                                  :           28 orang
Tema                                       :           Keluargaku Sayang
Tajuk                                       :           Keluarga Bahagia
Tarikh                                      :           29 Oktober 2012
Masa                                       :           30 minit
Objektif                                   :           Pada akhir pelajaran, murid dapat
i)               Menyebut 5 panggilan di dalam keluarga
ii)              Menyatakan 2 sebab rasa bahagia berada bersama  keluarga

1.1  Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i)  : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau dibaca.
Aras 2 (1) : Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.
      Aras 1 (i)  :  membaca lancer bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutandan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa  :  membaca, menulis, mendengar dan bertutur
Sistem Bahasa        :  Kosa kata : kata nama am, ayat majmuk
                                    Sintaksis  :  ayat majmuk

Ilmu                         :  Kajian Tempatan, Pendidikan Islam
Nilai                         :  Bekerjasama, hormat menghormati,sayang menyayangi

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
            Kemahiran Berfikir      :  Menjana idea, membuat keputusan
            Kemahiran Belajar      :  Mencatat nota, mengamalkan pembelajaran seumur hidup
            Kecerdasan pelbagai  :  verbal-linguistik

Pengetahuan sedia ada          : i) Murid mempunyai keluarga
                                                :ii) Murid memanggil ahli keluarga dengan panggilan tertentu

BBB                                         : Komputer riba, lirik lagu Mawar Putih Untuk Mama 

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
( 5 minit)
Lagu “Mawar Putih Untuk Mama”
1.     Guru menyoal siapa yang bersalaman dengan ibu sebelum ke sekolah pagi tadi.

2.    Menyoal dengan siapa lagi mereka bersalam untuk mohon restu setiap pagi sebelum ke sekolah.


3.    Memutarkan lagu.

4.    Mengaitkan lagu tersebut dengan pelajaran pada hari ini.


1.    Murid menyatakan dengan siapa mereka bersalam.

2.    Mendengar lagu yang diputarkan dengan melihat lirik yang guru edarkan.


3.    Murid menyanyi bersama-sama lagu yang diperdengarkan.
BBM :Komputer riba,lirik lagu.

Langkah 2
(10 minit)
Kata panggilan dalam keluarga
·         Ibu
·         Mama
·         Emak
·         Ayah
·         Abang

Kosa Kata:
·         Tanggungjawab
·         Sayang menyayangi
1.    Guru menyoal apa kata panggilan ahli keluarga murid-murid.

2.    Guru menyoal murid adakah mereka rasa bahagia berada di dalam keluarga dan mengapa.


3.    Mengedarkan kertas untuk menulis kata panggilan dan mengapa rasa bahagia
mengikut kumpulan masing-masing.

4.    Meminta ketua-ketua  kumpulan membacakan hasil tugasan yang diberikan
1.    Murid menyatakan kata penggilan di dalam keluarga.

2.    Murid menyatakan perasaan mereka berada di dalam keluarga dan sebab merasa demikian.


3.    Semua kumpulan bekerjasama membantu ketua kumpulan menulis kata panggilan di dalam keluarga dan sebab-sebab rasa bahagia di dalam keluarga.

4.    Ketua-ketua kumpulan membentangkan hasil masing-masing.


Kertas kosong
Langkah 3
(10 minit)
Menjawab lembaran kerja
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja.

2.    Guru menjelaskan cara menulis jawapan.



1.    Murid menyiapkan lembaran kerja.

2.    Menulis jawapan yang dihasilkan dalam perbincangan dalam kumpulan sendiri dan juga daripada  kumpulan lain.


Lembaran kerja.
Penutup
(5 minit)
Rumusan.
·         Ibu
·         Ayah
·         Kakak
·         Abang
·         Adik

1.    Guru menyoal murid gelaran yang terdapat di dalam keluarga.
2.    Guru member hadiah kepada sesiapa yang pantas member jawapan.
Murid menyatakan jawapan secara individu.










2 comments: